Allah SWT berfirman dalam surah ar Ruum:23 yang bermaksud;
"Dan di antara tanda-tanda kemurahan-Nya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang mahu mendengar nasihat pengajaran".
Dalam surah an Naba':9 pula Allah berfirman yang bermaksud "Dan Kami telah jadikan tidur kamu untuk berehat? "
POSISI TIDUR MENURUT ISLAM DAN SAINS
Barra bin Azib melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar umat Islam supaya baring pada lambung kanan.
TIDUR YANG TERBAIK
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan (di lambung kanan seperti keterangan di atas) kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada paru-paru kanan. Hal ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringgan.
Hati juga akan berada dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Posisi ini memudahkan proses mengosongkan perut daripada makanan selepas proses penghadaman. Tidur cara ini adalah tidur cara Rasulullah SAW.
TIDUR SECARA MENIARAP
Dr. Zafir al-Attar berkata,
"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar, menghalang dada daripada meregang dan mengecut semasa menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang dapat mengganggu jantung dan otak."
Pengkaji dari Australia menyatakan berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan ataupun lambung kiri. (mengiring ke kanan atau mengiring ke kiri)
Justeru, jangan tidurkan bayi secara posisi meniarap.
Tidur meniarap dilarang oleh Islam. Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah melihat seorang lelaki meniarap lalu baginda bersabda, "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya" (Direkodkan oleh Tirmizi dan Ahmad-Hasan Lighairihi)
Abu Umamah melaporkan yang Nabi berjalan berhampiran seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata,
"Bangunlah kamu daripada tidur dan duduklah. Sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka Jahanam. " (Direkodkan oleh Ibnu Majah)
TIDUR MENELENTANG
Dr. Zafir al-Attar berkata,
"Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan berlaku melalui mulut kerana mulut akan terbuka semasa menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah."
Seelok-eloknya hidung yang bernafas kerana ada bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan bagi memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut meninggalkan risiko seseorang itu terkena selesema pada musim sejuk dan menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
TIDUR MENGIRING KE KIRI
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung akan dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar daripada paru-paru kiri. Tidur cara ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Sepertimana perut yang penuh semasa itu, akan menekan jantung.
Satu kajian menunjukkan bahawa makanan yang lalu dari perut kepada usus berlangsung selama 2.5 hingga 4.5 jam bagi orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Rujukan: Buku '12 Cara Mendapatkan Doa Malaikat' oleh Dr.Haji Johari Haji Alias
******************
Intihanya, TIDUR JUGA MERUPAKAN SATU IBADAH DAN TIDUR UNTUK MENJAGA KESIHATAN. Ikutlah sunah Rasulullah SAW agar melalui tidur kita dapat beristirehat setelah penat bekerja atau belajar serta mendapat ganjaran pahala untuk bekalan kita di akhirat kelak kerana mengikut sunah Rasulullah SAW.
Tidur mengikut cara Rasulullah SAW akan mudah kita bangun pada 1/3 malam yang tersisa untuk beribadat kepada Allah SWT iaitu menunaikan solat Tahajjud dan seterusnya menunaikan solat fardu Subuh.
Janganlah kita tidur meniarap iaitu cara tidur ahli neraka Jahanam dan dimurkai oleh Allah SWT... Nauzubillah minzalik...
Carilah ilmu terutama ilmu agama agar segala tindakan kita, perbuatan kita serta cara hidup kita berlandaskan syariat Islamiah. Banyak tindakan kita, perbuatan kita serta cara hidup kita yang bertentangan dengan syariat Islam disebabkan kita tidak tahu dan tiada ilmu agama. Malah ada antara kita juga yang tidak berusaha untuk mencari ilmu untuk memandu tatacara hidup kita.
Jangan disebabkan kecetekan ilmu, tatacara hidup kita terpesong dari landasan Islam seterusnya kita memikul banyak dosa tanpa kita sedari. Hal ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak.
Melalui pembacaan, kita memperoleh ilmu. Diharapkan kita dapat memperteguhkan iman di dalam dada dengan ilmu yang bermanfaat yang diamalkan.
Semoga HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI DENGAN gabungan ILMU, IMAN DAN AMAL ...in shaa Allah...
Astaghfirullah...aku mohon keampunan-Mu ya Allah jika ada kesilapanku dan dosa-dosaku...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Allah Allah ya Allah...
Wanita dan minyak wangi, bagai tidak dapat dipisahkan. Tetapi sebagai wanita muslim atau muslimah, tahukah kita bahawa kita tidak boleh memakai minyak wangi keluar dari rumah?
Rasulullah SAW bersabda, "Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya maka dia itu adalah perempuan zina."
(Hadis riwayat Hassan, Ahmad, Nasa'i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa)
Masya-Allah terlalu banyak kaum wanita Islam yang tidak tahu akan hal ini atau ada yang tahu tetapi engkar iaitu tetap juga memakai minyak wangi sewaktu keluar dari rumah.
Malahan terdapat sesetengah wanita yang berasa bangga apabila kalangan rakan dan kenalan memuji-muji akan bau badannya yang wangi daripada minyak wangi yang berjenama dan mahal harganya yang dipakainya itu sedangkan dia tidak tahu bahawa dia dalam keadaan berdosa dan dikategorikan sebagai wanita penzina.
Nauzubillah minzalik...masya-Allah, jika wanita seperti ini dikategorikan sebagai wanita penzina, dia akan mendapat balasannya iaitu diseksa di alam barzah dan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Nauzubillah...
Ada juga dalam kalangan wanita memikirkan bahawa boleh memakai minyak atar dalam solat. Memang betul boleh memakai minyak atar dalam solat malah hukumnya adalah sunat tetapi hendaklah solat atau ibadat itu dilakukan di rumah.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud , "Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya. (Riwayat al-Tarmizi)
Golongan wanita wajib tahu bahawa hukum memakai wangi-wangian termasuk minyak atar adalah haram jika keluar dari rumah walaupun ke masjid untuk solat berjamaah atau beribadat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut) "
(Hadis riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Hadis ini menjelaskan kepada kita sebagai golongan wanita bahawa, kita tidak boleh memakai minyak wangi termasuk minyak atar sewaktu keluar dari rumah hatta ke masjid sekalipun, malah solat wanita yang memakai minyak wangi termasuk minyak atar tidak diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat."
(Shahih riwayat Nasa'i dari jalan Abi Hurairah)
Golongan wanita yang bersuami harus tahu bahawa memakai minyak wangi di rumah khususnya untuk suami adalah sangat disukai dan diharuskan untuk menyenangkan hati suami.
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Hadis riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah
*****************
Justifikasinya, bertaubatlah wahai muslimah jika sebelum ini anda selalu memakai minyak wangi sewaktu keluar dari rumah dan memakai minyak atar ke masjid. Kita tidak mahu Allah kategorikan kita sebagai wanita penzina. Patuhlah pada perintah Allah. Allah tidak rugi sedikitpun jika kita engkar akan perintah-Nya malah kitalah yang rugi kerana apabila mati kelak, balasan azab kubur sudah sedia menanti. Nauzubillah...
Astaghfirullah...aku mohon keampunan-Mu ya Allah atas segala kesilapan dan dosa-dosaku.
Janganlah Engkau letakkan aku dalam kalangan orang-orang yang berdosa. Jauhilah aku daripada dosa syirik kepada-Mu...Allah-Allah ya Allah...aamiin.
Sewaktu berkursus di Institut Aminuddin Baki baru-baru ini, saya sempat mengunjungi pameran buku yang diadakan di sana sewaktu 'tea time' dan membeli sebuah buku yang bertajuk 12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT, karya Dr.Haji Johari Haji Alias.
Saya berasa terpanggil untuk berkongsi dengan saudara- saudari, muslimin dan muslimat tentang bagaimana untuk kita mendapat doa daripada malaikat ini agar dengan doa daripada malaikat kita akan beroleh keampunan Allah, disayangi oleh Allah seterusnya memperoleh hidup yang sejahtera di dunia dan akhirat.
Menurut istilah bahasa, malaikat adalah bentuk jamak daripada kata 'mulk' yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah SWT.
Menurut istilah, malaikat adalah salah satu jenis maklhluk Allah SWT yang diciptakan untuk taat dan beribadat kepada-Nya serta mengerjakan semua tugas-tugas-Nya.
Hal ini dijelaskan Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah al-Anbiyaa:19-20 yang bermaksud;
"Dan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri daripada beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhati-hati"
Malaikat adalah makhluk yang suci, tiada noda dan dosa. Doa mereka tiada hijab dan terus dikabulkan oleh Allah
BERIKUT ADALAH SENARAI ORANG YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN SUCI (BERWUDUK)
Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.'"
(Direkodkan oleh Ibnu Hibban daripada Abdullah bin Umar. Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih at Targhib wat Tarhib, I/37)
2. ORANG YANG DUDUK MENUNGGU WAKTU SOLAT
Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu duduk menunggu solat dalam keadaan suci, para malaikat mendoakannya, 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia."
(Direkodkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang yang berada di saf pertama."
(Direkodkan oleh Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) daripada Barra bin Azib. Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud, I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF SOLAT
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf."
(Direkodkan oleh Ahmad,Ibnu Majah,Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Aisyah. Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib, I/272)
5. SEMASA PARA MALAIKAT MENGUCAPKAN 'AMIN'
Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaallinn', maka ucapkanlah oleh kalian "amin". Sesiapa yang ucapannya itu bersamaan dengan ucapan malaikat, maka akan diampuni dosanya yang lalu."
(Direkodkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) untuk orang yang berada di tempat dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya. (Para malaikat) berkata, "Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia."
(Direkodkan oleh Ahmad daripada Abu Hurairah, al-Musnad no.8106, Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)
7. ORANG YANG SOLAT SUBUH DAN ASAR BERJAMAAH
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal.
Lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab, 'Kami datang semasa mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka semasa mereka melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat."
(Direkodkan oleh Ahmad daripada Abu Hurairah, al-Musnad no. 9140.Hadis ini disahihkan oleh Ahmad syakir)
8. MENDOAKAN SAUDARANYA
Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya itu, adalah doa yang akan dikabulkan. Di kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil untuknya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kabaikan, maka malaikat itu berkata'Amin, dan engkau pun mendapat apa yang ia dapat.'"
(Direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Darda, Sahih Muslim no.2733)
9. ORANG YANG BERINFAK
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap pagi, pada diri seorang hamba ada dua malaikat yang turun kepadanya. Satu daripadanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti untuk orang yang berinfak.' Dan yang lain berkata, 'Ya Allah,hancurkanlah harta orang yang kedekut."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Sahih Bukhari no. 1442 dan sahih muslim no.1010)
10. ORANG YANG BERSAHUR
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) untukorang yang bersahur."
(Direkodkan oleh ibnu Hibban dan Thabrani daripada Abdullah bin Umar.
Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib, 1/519)
11. ORANG YANG MENGUNJUNGI ORANG SAKIT
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang mukmin menjenguk saudaranya, Allah akan mengutus 70 000 malaikat bagi berselawat kepadanya pada waktu siang hingga petang dan waktu malam hingga subuh."
(Direkodkan oleh Ahmad daripada Ali bin Abu Thalib, al-Musnad no.754, Ahmad Syakir berkomenter, sanadnya sahih)
12. ORANG YANG MENGAJARKAN KEBAIKAN
Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan orang alim atas ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas orang yang paling rendah antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubang serta ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain."
(Direkodkan oleh Tirmizi daripada Abu Ummah al-Bahily, disahihkan oleh al-Albani dalam kita Sahih at-Tirmizi 11/343)
**********************************
Tuntasnya, hidup di dunia ini adalah bagi menyediakan bekalan untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Justeru, kita harus mengambil peluang atas limpah kurniaan Allah SWT kepada kita ini.
Mungkin ramai antara kita yang melakukan antara 12 cara yang mendapat doa daripada malaikat tetapi kita tidak tahu bahawa perbuatan kita itu mendapat doa daripada malaikat .
Bagi yang berilmu iaitu yang sudah tahu akan hal ini, diharapkan mengambil peluang semaksimum mungkin untuk mendapat ganjaran iaitu doa daripada malaikat untuk kita, contohnya datang awal ke masjid untuk mendapat saf hadapan ataupun jika melihat saf terputus, cepat-cepat menyambungkan saf tersebut, jika mendengar rakan atau saudara kita yang sakit, luangkanlah masa untuk menziarahi mereka, dalam solat-solat kita doakanlah untuk adik-beradik kita, saudara-mara, rakan-rakan serta guru kita, sentiasa bersedekah (berinfak), menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan lain-lain lagi.
Sementara kita masih bernafas dan kudrat masih kuat, carilah ilmu sebanyak mungkin terutama ilmu agama agar segala tindakan dan seluruh hidup kita menjurus kepada tindakan dan
kehidupan yang bersyariat.
Semoga kita semua, muslimin dan muslimat menjadi penghuni Jannah di akhirat kelak...in shaa Allah...
Astaghfirullah...aku mohon keampunan-Mu ya Allah jika ada kesilapan dan dosaku...
7 PERKARA GANJIL YANG PERNAH DIALAMI OLEH SEORANG PENGGALI KUBUR
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu."Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu."Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,""Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
**************
Aku tertarik untuk berkongsi dengan muslimin dan muslimat tentang perkara ganjil yang ke-5 yang dilihat oleh pemuda yang kerjayanya menggali kubur dan mencuri kain kafan itu. Kata pemuda itu "ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya."Jelas ahli ibadah kepada pemuda itu "anak muda, mereka itulah golongan yang gemar MEMUTUSKAN SILATURRAHIM. Semasa hidupnya MEREKA SUKA MEMULAKAN PERTENGKARAN DAN TIDAK BERTEGUR SAPA LEBIH DARIPADA 3 HARI. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, ia bukanlah termasuk golongan umat baginda.
Saudaraku muslimin dan muslimat, janganlah kita memutuskan silaturrahim dan tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, kerana bukan sahaja akan diseksa di alam barzah malah takut tidak dapat mencium bau syurga apalagi berpeluang memasukinya. Jauhilah daripada bersifat iri hati, cemburu dan hasad dengki tambahan lagi dengan saudara sendiri atau adik-beradik sendiri. Tidak sukakah kita atau tidak gembirakah kita melihat saudara kita atau adik-beradik kita senang di dunia ini. Kesenangan yang didapati adalah atas daya usaha mereka dan dengan redha Allah, sepatutnya kita turut berasa syukur melihat saudara mara atau adik beradik kita senang dan berjaya kerana mereka tentunya tidak menyusahkan kita untuk membantu kehidupannya. Jadi mengapa harus ada perasaan dengki, cemburu, sakit hati dan cuba untuk mengkhianati saudara sendiri dengan cara memutuskan silaturrahim dengan cara tidak bertegur sapa.
Alangkah buruknya berperangai seperti ini. Perangai seorang muslimkah ini? Tidakkah mereka mahu memasuki jannah di alam akhirat yang kekal abadi? Tegarkah mereka untuk masuk neraka? Nauzubillah minzolik. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini. Didiklah hati untuk ikhlas dalam segala hal terutama dalam beribadat kepada Allah. Ibadat kepada Allah bukan hanya solat 5 waktu tetapi konteksnya lebih luas mencakupi seluruh perlakuan baik semasa hidup kita. Jauhilah hasad dengki, cemburu dan iri hati. Berbaik-baiklah sesama manusia apalagi sesama muslim, saudara malah adik beradik sedarah sedaging. Janganlah memutuskan tali silaturrahim. Walahu 'alam...
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH...Hari ini saya masih membaca buku BIOGRAFI AGUNG
RASULULLAH SAW karya Rusydi Ramli Al Jauhari. Saya berasa tertarik untuk berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan umat Rasulullah yang antaranya ialah SYAFAAT NABI MUHAMMAD SWT.
Nabi Muhammad SAW merupakan SATU-SATUNYA NABI YANG DAPAT MEMBERI SYAFAAT ATAU PERTOLONGAN HANYA KEPADA UMATNYA DI AKHIRAT KELAK. Begitu beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Umat yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi umat Nabi Muhammad SAW diberi keistimewaan oleh ALLAH SWT untuk menerima syafaat oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW.
Namun, kini berapa ramai yang malu untuk mengaku sebagai seorang Islam?
BERAPA RAMAI YANG MALU UNTUK MNGAKU BAHAWA KITA KASIH DAN SAYANG KEPADA NABI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMMAD SAW?
Jika ada yang mengaku bahawa dia kasih akan Rasul junjungan...apa buktinya? Adakah dia mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah atau dia engkar? Berapa banyak selawat yang dihadiahkan kepada Rasulullah setiap hari pagi dan petang?
Mari kita bersama-sama menghisab amalan kita setiap hari...saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan nabi yang digelar KALAMULLAH...iaitu NABI YANG BOLEH BERKATA-KATA DENGAN ALLAH SWT.
ANDA TAHU SIAPAKAH NABI ITU?
Nabi tersebut ialah Nabi Musa AS. Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT ..."Adakah akan wujud satu umat yang lebih baik daripada umatku ini ya Allah?"
Allah SWT menjawab, "ya ."
Nabi Musa AS berkata lagi, "jika begitu ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk menjadi nabi bagi umat yang terbaik itu. "
Allah SWT menjawab. "Aku telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua bagi umat ini."
Nabi Musa AS berkata, "kalau begitu ya Allah, cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu."
Allah SWT menjawab, "aku telah memilih siapakah yang akan menjadi umat terbaik ini."
************
MEMANG KITA TIDAK MEMINTA UNTUK MENJADI UMAT AKHIR ZAMAN, NAMUN ALLAH SWT TELAH MEMILIH KITA UNTUK MENJADI UMAT TERBAIK. MALAHAN PERMINTAAN NABI MUSA AS DITOLAK OLEH ALLAH SWT KERANA KITA SEMUA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH SWT.
SEDARLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, BAHAWA KITA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJADI UMAT YANG TERBAIK DI SEPANJANG ZAMAN.
Bersyukurlah kerana kita dipilih dan zahirkanlah rasa syukur itu dengan beribadat kepada-Nya dengan ikhlas.
Akhir al kalam, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Seyogia sekali lagi diingatkan kepada muslimin dan muslimat agar kita memperbanyakkan ibadah kepada-Nya untuk mnjadi umat yang terbaik itu. In shaa Allah.p
RINDU AKAN BAITULLAH (KAABAH). RINDU AKAN MASJIDIL HARAM. RINDU AKAN MASJID NABAWI. Ye! Saya sangat merindui 2 tempat ini iaitu Masjidil Haram di Makkah di mana terdapatnya Baitullah (kaabah) dan Masjid Nabawi di Madinah. Saya seperti nampak... terbayang-bayang di ruang mata, jalan-jalan yang saya lalui untuk ke Masjidil Haram, jalan-jalan yang saya lalui untuk ke Masjid Nabawi...tempat-tempat yang saya selalu solat. Saya tahu merindui Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ia hanya ada di Makkah dan Madinah. MERINDUI ALLAH....Allah ada di mana-mana. Ye! Di mana-mana... saya boleh menemui Allah untuk melepaskan rindu saya kepadanya dengan cara beribadat. SOLAT. Allah...Allah...Allah...
1. Aku adalah TEMPAT YANG PALING GELAP di antara yang gelap, maka terangi aku dengan SOLAT TAHAJJUD
2. Aku adalah TEMPAT YANG PALING SEMPIT, maka luaskan aku dengan BERSILATURAHIM
3. Aku adalah TEMPAH YANG PALING SEPI, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan MEMBACA AL-QURAN
4. Aku adalah TEMPAT BINATANG-BINATANG YANG MENJIJIKKAN, maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH
5. Aku yang MENYEMPITMU HINGGA HANCUR bilamana kamu tidak solat, bebaskanlah sempitan itu dengan SOLAT
6. Aku adalah TEMPAT MERENDAMMU DENGAN CAIRAN YANG AMAT MENYAKITKAN, bebaskan rendaman itu dengan PUASA
7. Aku adalah TEMPAT MUNKAR DAN NAKIR MENYOALMU, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap LAILAHAILALLAH
MULAKAN SETIAP PEKERJAAN DENGAN LAFAZ BASMALAH DAN IKHLASKAN HATI KERANA ALLAH SWT.
LAKUKAN SESEMPURNA MUNGKIN MENGIKUT KEMAMPUAN DAN SEGALA KUDRAT ANDA.
ELAKKAN MERUNGUT-RUNGUT TANDA ANDA TIDAK BERPUAS HATI...SEBAIKNYA BANYAKKAN ISTIGHFAR...MOHON KEAMPUNAN ALLAH SWT ATAS KELEMAHAN DIRI ANDA DALAM MELAKSANAKAN SESUATU.
SEMOGA ANDA BERPUAS HATI DENGAN HASIL KERJA ANDA.
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR KERJA KITA, IBADAH KITA SERTA AKHLAK KITA PADA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
IN SHAA ALLAH ANDA AKAN MENDAPATKAN GANJARANNYA DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK.
Sempena cuti CNY, aku sekeluarga pulang ke kampung menziarahi ibuku. Tatkala masuk waktu maghrib, kami bersedia utk berjamaah bersama-sama. Anak -anakku bergilir-gilir mengambil wuduk di bilik air. Anak-anak yg siap mengambil wuduk mula mengerjakan solat sunat sebelum maghrib termasuk aku dan ibuku. Kami berdiri dalam saf menunggu anakku uda yg tengah solat sunat maghrib (qabliatan)...ibuku juga berdiri.
Kemudian ibuku berkata kepadaku, "mak duduk dululah, mak tak larat berdiri lama", lalu dia duduk di kerusi sementara menunggu uda selesai solat sunat.
Aku menghampiri ibuku dan duduk menghadapnya. Aku berkata kepadanya, " mak...kalau solat sunat, mak duduk pun tak apa, kalau mak tak larat, solat fardu mak berdirilah..." Ibuku mengangguk mengeyakannya sambil tersenyum. Sebenarnya tujuanku adalah supaya ibuku tidak memaksa dirinya berdiri bagi mengerjakan solat sunat qabliatan sedangkan dia tidak larat dan apabila tiba untuk menunaikan solat fardu, dia sudah tidak berdaya untuk berdiri. Keutamaannya adalah pada solat fardu.
Tatkala aku bercakap dengan ibuku itu, aku memandang wajahnya, KU LIHAT BETAPA SUCI DAN BERSIHNYA WAJAH IBU DALAM KESEGARAN WUDUK. Hatiku tiba-tiba diulik rasa sayu yang teramat sangat. Terasa sebak di dalam dada apabila mengingatkan kepiluan dan kesedihan hati ibuku dek satu persatu peristiwa sedih yang dialaminya.
Hatiku berkata, " entah berapa lama lagi kami berpeluang merasai kasih sayangnya. Entah berapa lama lagi kami berpeluang mendapat doa daripadanya untuk keberkatan hidup kami" ...perasaan sayu menekan ulu hati. Hati ini terasa relah tatkala memandang wajah suci ibu...
Dalam kekusyukkan solat maghrib berjamaah pada malam itu, aku berdoa dalam sujudku, " Tuhanku, aku sangat sayang ibuku. Engkau panjangkanlah umurnya. Kami belum puas merasai kasih sayangnya. Tuhanku...,kami ingin merasai kasih sayang ibu lebih lama lagi... bagilah kami peluang yang sebanyak-banyak dan seluas-luasnya untuk berbakti kepadanya sebelum ibu menutup mata" ...airmataku bergenang dalam sujudku pada waktu maghrib itu.
Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Terengganu ke Rb jam 6.30 petang setelah menziarahi ibuku mengambil peluang sempena cuti CNY Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kereta arah ke KL amat banyak menyebabkan jalan agak sesak. Trafik menjadi perlahan. Apabila kedengaran azan maghrib berkumandang, kami berniat jamak takhir dan qasar kerana kami dalam safar. Itulah hadiah oleh Allah SWT yang Maha Pemurah serta Maha Mengasihani kepada orang- orang yang sedang bermusafir.
Disebabkan trafik di lebuh raya yang agak perlahan, kami sampai di Bentong jam 12.35 tengah malam. Kami singgah di masjid Ketari tengah malam itu untuk mengerjakan solat Isya'dan Maghrib secara jamak takhir . Rupa-rupanya masjid Ketari dalam proses pembaikkan terutama ruang solat wanita. Suamiku dan anak-anak solat di beranda masjid sahaja.
Aku terus mengambil wuduk. Semasa mengambil wuduk itu, datang pula seorang gadis mengambil wuduk untuk bersolat. Setelah selesai mengambil wuduk, aku bertanya kepadanya..." adik dari mana?" "Kelantan" katanya. " pukul berapa dari sana?" tanyaku lagi. " pukul 7 petang" katanya. " oh, lebih kurang dgn akaklah" kataku lagi. " akak dari mana " tanya gadis itu?" " dari Kuala Trg" jawabku. Kemudian kamipun meniti anak tangga ke beranda masjid untuk solat. " adik solat jamakkan?" tanyaku " ya!" katanya. "kita berjamaah" ajakku. " boleh!" jawab gadis itu.
Kami pun bersiap memakai telekung.
Melihat ada 2 orang perempuan yg ingin menunaikan solat di pinggir beranda masjid, tiba- tiba keluar seorang lelaki yg tengah sibuk bekerja memasang tiles di ruang solat wanita segera menyapu pasir dan habuk- habuk simen di pinggir beranda masjid itu cepat- cepat sambil mengibas- ngibas dengan kain bagi memastikan lantai untuk kami sujud kepada Allah SWT bersih dan tidak dicemari habuk simen dan pasir.
Setelah siap lelaki itu membersihkan pinggir beranda itu , aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepadanya yg bersusah payah dan kalut menyapu lantai bagi memberikan ruang yg bersih untuk kami berdua solat.
Dan...Tatkala jam menginjak 1.00 pagi kami berdua selesai menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta Allah Azzawajalla...
Selepas solat, aku mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana limpah kunia-Nya yang melindungi kami dari sebarang kesulitan bermusafir dan segala keburukan perjalanan ini serta tidak lupa aku berdoa untuk lelaki yang membersihkan tempat untuk kami berdua solat itu agar dirahmati Allah SAW kerana dengan usahanya kami dapat solat dengan selesa dan khusyuk pada pagi yang hening itu sambil diaminkan oleh gadis itu.
Kami berdua bersurai dengan bersalaman erat kemudiannya...
Aku teringat sebuah hadis iaitu;
RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD,
" JANGANLAH KAMU MEMANDANG REMEH APA SAHAJA AMAL KEBAIKAN, WALAU DENGAN BERJUMPA SAUDARA KAMU DENGAN WAJAH YG CERIA".
HADIS INI MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA APA-APA SAHAJA AMAL KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN, CUBALAH KITA LAKUKANNYA JIKA TERMAMPU, CONTOHNYA SEPERTI BERJUMPA SAUDARA KITA DENGAN WAJAH SENYUM DAN CERIA, SAMA ADA DI MASJID, DI TEMPAT KERJA ATAU DI MANA-MANA SAHAJA KERANA KITA TIDAK TAHU MUNGKIN DENGAN AMALAN YANG KECIL INI, LALU IA MEMBAWA KITA KE SYURGA! ( apalagi membersihkan ruang untuk saudara sesama Islamnya untuk qiam mengadap Allah)
(rujukan dari buku Amalan Dijamin ke Syurga oleh Rasulullah SAW-oleh Haji Ahmad Haris Suhaimi)
Konklusinya, lakulah sesuatu kebaikan dengan ikhlas dan jangan memandang ringan atau remeh suatu amal kebajikan yg dilakukan oleh seseorang itu walaupun kecil kerana kita tidak tahu bahawa mungkin dengan amal kebaikan yg dilakukan itu, Allah jamin seseorang itu masuk syurga.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Allah Allah Allahu ya Allah
SEKADAR SATU PERKONGSIAN