Jumaat, 12 April 2013

AKU MUSAFIR

Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Terengganu ke Rb jam 6.30 petang setelah menziarahi ibuku mengambil peluang sempena cuti CNY Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Kereta arah ke KL amat banyak menyebabkan jalan agak sesak. Trafik menjadi perlahan. Apabila kedengaran azan maghrib berkumandang, kami berniat jamak takhir dan qasar kerana kami dalam safar. Itulah hadiah oleh Allah SWT yang Maha Pemurah serta Maha Mengasihani kepada orang- orang yang sedang bermusafir.

Disebabkan trafik di lebuh raya yang agak perlahan, kami sampai di Bentong jam 12.35 tengah malam. Kami singgah di masjid Ketari tengah malam itu untuk mengerjakan solat Isya'dan Maghrib secara jamak takhir . Rupa-rupanya masjid Ketari dalam proses pembaikkan terutama ruang solat wanita. Suamiku dan anak-anak solat di beranda masjid sahaja.

Aku terus mengambil wuduk. Semasa mengambil wuduk itu, datang pula seorang gadis mengambil wuduk untuk bersolat. Setelah selesai mengambil wuduk, aku bertanya kepadanya..." adik dari mana?" "Kelantan" katanya. " pukul berapa dari sana?" tanyaku lagi. " pukul 7 petang" katanya. " oh, lebih kurang dgn akaklah" kataku lagi. " akak dari mana " tanya gadis itu?" " dari Kuala Trg" jawabku. Kemudian kamipun meniti anak tangga ke beranda masjid untuk solat. " adik solat jamakkan?" tanyaku " ya!" katanya. "kita berjamaah" ajakku. " boleh!" jawab gadis itu.

Kami pun bersiap memakai telekung.
Melihat ada 2 orang perempuan yg ingin menunaikan solat di pinggir beranda masjid, tiba- tiba keluar seorang lelaki yg tengah sibuk bekerja memasang tiles di ruang solat wanita segera menyapu pasir dan habuk- habuk simen di pinggir beranda masjid itu cepat- cepat sambil mengibas- ngibas dengan kain bagi memastikan lantai untuk kami sujud kepada Allah SWT bersih dan tidak dicemari habuk simen dan pasir.
Setelah siap lelaki itu membersihkan pinggir beranda itu , aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepadanya yg bersusah payah dan kalut menyapu lantai bagi memberikan ruang yg bersih untuk kami berdua solat.

Dan...Tatkala jam menginjak 1.00 pagi kami berdua selesai menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta Allah Azzawajalla...

Selepas solat, aku mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana limpah kunia-Nya yang melindungi kami dari sebarang kesulitan bermusafir dan segala keburukan perjalanan ini serta tidak lupa aku berdoa untuk lelaki yang membersihkan tempat untuk kami berdua solat itu agar dirahmati Allah SAW kerana dengan usahanya kami dapat solat dengan selesa dan khusyuk pada pagi yang hening itu sambil diaminkan oleh gadis itu.
Kami berdua bersurai dengan bersalaman erat kemudiannya...

Aku teringat sebuah hadis iaitu;

RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD,
" JANGANLAH KAMU MEMANDANG REMEH APA SAHAJA AMAL KEBAIKAN, WALAU DENGAN BERJUMPA SAUDARA KAMU DENGAN WAJAH YG CERIA".

HADIS INI MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA APA-APA SAHAJA AMAL KEBAIKAN WALAU SEKECIL MANAPUN, CUBALAH KITA LAKUKANNYA JIKA TERMAMPU, CONTOHNYA SEPERTI BERJUMPA SAUDARA KITA DENGAN WAJAH SENYUM DAN CERIA, SAMA ADA DI MASJID, DI TEMPAT KERJA ATAU DI MANA-MANA SAHAJA KERANA KITA TIDAK TAHU MUNGKIN DENGAN AMALAN YANG KECIL INI, LALU IA MEMBAWA KITA KE SYURGA! ( apalagi membersihkan ruang untuk saudara sesama Islamnya untuk qiam mengadap Allah)
(rujukan dari buku Amalan Dijamin ke Syurga oleh Rasulullah SAW-oleh Haji Ahmad Haris Suhaimi)

Konklusinya, lakulah sesuatu kebaikan dengan ikhlas dan jangan memandang ringan atau remeh suatu amal kebajikan yg dilakukan oleh seseorang itu walaupun kecil kerana kita tidak tahu bahawa mungkin dengan amal kebaikan yg dilakukan itu, Allah jamin seseorang itu masuk syurga.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Allah Allah Allahu ya Allah

SEKADAR SATU PERKONGSIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan