Jiran membawa konotasi orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita. Ironinya, pada masa sekarang
semangat kejiranan semakin pudar dalam diri masyarakat disebabkan terdapat
sesetengah ahli masyarakat yang bersikap individualistik.
Antara punca yang memudaratkan
semangat kejiranan adalah kerana masyarakat terlalu sibuk dengan pekerjaan
masing-masing sehingga selalu pulang lewat dan jarang bertegur-sapa sesama jiran.
Faktor dominan yang seterusnya
ialah masyarakat kurang mengamalkan nilai murni dan bersikap sombong. Impaknya, mereka tidak akan membantu satu
sama lain sekiranya berlaku hal kecemasan.
Faktor kawasan perumahan yang
bertembok tinggi juga dapat membataskan pergaulan antara jiran. Hal ini seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Tuntasnya, semangat kejiranan
perlulah dipupuk dalam diri masyarakat kerana sepakat membawa berkat.
(114 patah perkataan)
Hajah Nornimas Yaakob, GKMP Bahasa SEMESRA
Hajah Nornimas Yaakob, GKMP Bahasa SEMESRA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan