USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK SIKAP BERBUDI BAHASA
Mutakhir ini sikap berbudi bahasa dalam kalangan sipil di Malaysia kian terhakis dek pengaruh budaya barat. Terdapat pelbagai usaha untuk menyemai sikap berbudi bahasa dalam kalangan sipil.
Setiap individu hendaklah menggunakan bahasa yang bertatasusila lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi dengan orang tua bak kata pepatah yang tua dihormati, yang muda disayangi sebagai tanda penghormatan kepada mereka.
Berikutnya, kita juga hendaklah mengucapkan salam apabila bertemu dan mempraktikkan sikap berbudi bahasa dalam kehidupan kita seharian bagi menjamin keharmonian hidup dalam komuniti.
Seterusnya, kita janganlah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebih tua bagi menjaga perasaan mereka. Hal ini demikian dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
Tuntasnya, semua pihak mestilah bekerjasama menyemaikan sikap berbudi bahasa dalam kalangan sipil demi melahirkan masyarakat madani.
Hajah Nornimas Yaakob, GKMP Bahasa SEMESRA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan